14 November 2011

Tempahan Pertama


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Menerima tempahan pertama daripada Puan Nidda. Menyiapkan jubah-jubah yg perlu dipendekkan sblm Puan Nidda ke Sabah. Juga membuat baju kurung belah tepi sebanyak 4 pasang.

Jahitan biasa untuk semua baju. Baju kurung yg panjang dan dibelah tepi.




Baju ni pendek sikit dr yg lain sbb
corak baju adalah corak berdiri.

10 November 2011

Gubahan Hantaran


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Hari yg ditunggu hampir tiba...sibuk uruskan kerja-kerja yg masih belum siap, almaklumlah orang kedua tersibuk selepas mak...kakak pengantin lg pulak kakak yg sulung...

Gubahan hantaran kami buat sendiri, sebelum tu adik dah sediakan dulang dan membeli bunga-bunga seperti yg disuruh...Tema majlis warna hijau...jadi bunga juga warna hijau dicampur dgn warna putih...untuk naikkan seri warna...hihihi

Inilah hasil gubahan saya...

Sirih Junjung
Perfume
Sejadah

Coklat

Buah-buahan

Kemeja & Seluar

Wallet & Belt

Kasut

Muffin

04 November 2011

Jahit Manik Lagi....


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Cubaan kedua...Adik ingin meletak manik dan batu pada baju nikah dia, puas dia bertanya kepada ramai orang tetapi tiada yang ingin menjahit manik.. Akhirnya saya menawarkan diri untuk menjahit manik dan batu pada baju nikah adik...

Alhamdulillah....saya sempat siapkan jahitan manik dan batu. Walaupun cubaan kedua tetapi jahitan yg pertama pada baju lace...mencabar tp berjaya juga siap...

Alhamdulillah....adik berpuashati...Inilah hasilnya...

Lengan

Leher


© Norharyanti Sulaiman 2011 - 2012. All Copyright Reserved by Norharyanti Sulaiman