31 Disember 2011

Makan-makan lagi


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Kali ni makan satu family...semua adik-beradik berkumpul...Adik no.4 baru dapat bonus, belanja makan di Senibong. First time datang sini, mmg ramai..semua makan seafood. Boleh nampak Singapore.





29 Disember 2011

Makan-makan


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Emak ajak gi makan chicken chop RM5...murahnya...betul ke ni...kt KL tak penah pun jumpa harga yg murah macam tu..tapi mak kata pegi hari bekerja, jangan pergi masa hujung minggu..sbb terlalu ramai orang...

Lepas sembahyang maghrib kami sekeluarga bertolak...kami pergi hari khamis...ramai jugak orang so siapa cepat dia dapat meja...hehe...

Memang betul la murah, chicken chopnya pun byk...mmg kenyang dan sedap...tapi saya dan suami pilih lamb chop, anak2 pilih chicken chop...yum yum...lamb chop cuma RM10, mak kata lamb chop so kami pun pilih lamb chop...


Selesai makan, kami sekeluarga pergi Danga Bay...Jalan-jalan lagi...Aiman sibuk nak naik keretapi...


Emak dan adik




Jalan balik Aiman menangis nak naik kapal...Kapal sedang renovate so tak dapat nak tolong...

Kapal yg Aiman nak naik..


25 Disember 2011

Cuti-cuti Malaysia


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Bercuti panjang di kampung bermula 14 Dis 2011. Tapi balik semula ke KL pada 18 Dis sbb esoknya ada appointment dgn doktor pakar di Hospital Serdang. Kereta tinggal kt kampung sbb akan balik semula ke kampung. 

Tak pernah dlm hidup naik keretapi dr KL ke Kulai, so husband ajak kami anak-beranak naik keretapi ke Kulai. Tak sangka rupanya ramai yg suka naik keretapi, sbb tiket byk dah habis. Kami dpt tiket Rabu malam.   So kami ada 2 hari lg kt KL. Dari tak buat apa-apa, kami bwk anak-anak ke Muzium Negara. Sempena cuti sekolah ada Karnival Upin Ipin kt Muzium so excited la Eisya ngn Aiman dapat jumpa Upin Ipin.




Naik Komuter dr Kajang ke KL Sentral.


 Seronok layan anak2 yg excited dlm keretapi....


Pukul 6 pagi sampai Kulai, adik datang ambil kt stesen keretapi.

Sambung bercuti di kampung. Sabtu malam mak mertua ajak ke KL sbb cousin bertunang di Selayang.  Pukul 2 pagi sampai kt rumah dan pukul 9 pagi dah gerak ke rumah pakcik di Selayang.


Selesai majlis kami semua berbincang untuk jalan-jalan lagi. So keputusan diambil, kami gerak ke Bukit Gambang City Resort. Sampai sana pukul 12 tgh malam dan bila ditanya bilik kosong, yg ada cuma bilik berharga RM550...Aduuuiiii...mahal nyer...Husband cari homestay yg berdekatan, pusing-pusing dan call sana sini akhirnya kami dpt 1 rumah dgn harga RM150...ok la dr harga tadi...Rumahnya cantik dan selesa, berbaloi la...




Bangun je, cepat-cepat siap untuk ke Bukit Gambang Water Park..sebelum tu shopping baju dulu sbb masing-masing tak bawa baju lebih, sbb tak plan dr awal.. Dah kt dalam waterpark, main tak ingat...Hihihi...Seronok...



Bertolak balik ke Kulai. Baru rasa penat...aduuiii....Singgah di Yong Peng makan durian..yum yum...Sampai rumah 12 tgh malam...





14 November 2011

Tempahan Pertama


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Menerima tempahan pertama daripada Puan Nidda. Menyiapkan jubah-jubah yg perlu dipendekkan sblm Puan Nidda ke Sabah. Juga membuat baju kurung belah tepi sebanyak 4 pasang.

Jahitan biasa untuk semua baju. Baju kurung yg panjang dan dibelah tepi.




Baju ni pendek sikit dr yg lain sbb
corak baju adalah corak berdiri.

10 November 2011

Gubahan Hantaran


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Hari yg ditunggu hampir tiba...sibuk uruskan kerja-kerja yg masih belum siap, almaklumlah orang kedua tersibuk selepas mak...kakak pengantin lg pulak kakak yg sulung...

Gubahan hantaran kami buat sendiri, sebelum tu adik dah sediakan dulang dan membeli bunga-bunga seperti yg disuruh...Tema majlis warna hijau...jadi bunga juga warna hijau dicampur dgn warna putih...untuk naikkan seri warna...hihihi

Inilah hasil gubahan saya...

Sirih Junjung
Perfume
Sejadah

Coklat

Buah-buahan

Kemeja & Seluar

Wallet & Belt

Kasut

Muffin

04 November 2011

Jahit Manik Lagi....


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Cubaan kedua...Adik ingin meletak manik dan batu pada baju nikah dia, puas dia bertanya kepada ramai orang tetapi tiada yang ingin menjahit manik.. Akhirnya saya menawarkan diri untuk menjahit manik dan batu pada baju nikah adik...

Alhamdulillah....saya sempat siapkan jahitan manik dan batu. Walaupun cubaan kedua tetapi jahitan yg pertama pada baju lace...mencabar tp berjaya juga siap...

Alhamdulillah....adik berpuashati...Inilah hasilnya...

Lengan

Leher


24 Oktober 2011

Jahit Manik


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Habis Hari Raya Puasa, menyusul pula Hari Raya Haji...Raya Haji kali ni saya sibuk sbb adik tersayang akan melangsungkan perkahwinan pada 11.11.2011....cantikkan tarikh tu...

Sebelum majlis yg semakin hampir, sempat saya menjahit manik pada baju sedondon saya...Inilah cubaan saya yg pertama...Pertama kali dalam hidup saya menjahit manik...Semua cara-cara menjahit manik saya pelajari melalui internet dan kebetulan Safiyya ada keluarkan segmen cara menjahit manik...Dari situ la ilmu yg saya dapat saya adaptasikan di baju saya...

Inilah hasilnya...

Bahagian Leher


Bahagian Hujung Lengan

16 September 2011

Baju Hari Raya 2011


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Setelah dpt hadiah, semangat berkobar-kobar untuk menjahit. Baju raya yg telah dihantar ke kampung, saya ambil semula dan belajar mengingat semula bagaimana menjahit baju kurung dari emak. Emak memang pandai menjahit, semua jenis baju emak pandai jahit cuma saya pandai jahit baju kurung, baju lain akan belajar lg dari emak.... :)

Alhamdulillah....Hari Raya 2011, saya dan anak saya memakai baju kurung yg saya jahit sendiri. Rasa bangga pada diri sendiri dan saya BOLEH...

Baju Eisya

26 Julai 2011

Hadiah


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Niat berhenti kerja sebenarnya untuk beralih arah mencari kerja di syarikat lain, tetapi tiba2 suami buka mulut menyuruh saya menjadi surirumah...

mula2 tu rasa susah gak nak terima tapi bila difikir dan mendapat sokongan ahli keluarga akhirnya saya redha...mungkin inilah pengorbanan saya sbg seorang isteri untuk suami dan anak2 Nur Batrisyia dan Saiful Aiman...

Mesin Jahit Tepi Singer

untuk menguatkan lg saya jd surirumah, suami belikan saya mesin jahit tepi dan mak bg saya mesin jahit...saya mmg suka menjahit dr sblm kawin lg cuma sejak kawin mmg dh x pegang mesin jahit, tau je la bila dh kerja mana ada masa nak menjahit...bila dpt hadiah ni saya berkobar-kobar untuk menjahit semula...

Mesin Jahit Mak

jd inilah yg saya buat skrg...terima kasih pada suami Saiful Nizam, mak Sharipah dan terima kasih juga pada kawan baik saya Inna Azura kerana menyokong saya...

13 Julai 2011

Langkah Pertama


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia...

Berkuatkuasa Julai 2011, secara rasminya saya adalah Surirumah di Kinrara…..huhuhuhuhu…….
© Norharyanti Sulaiman 2011 - 2012. All Copyright Reserved by Norharyanti Sulaiman